![]() |
Tender Sah Ringgit Malaysia |
Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai akaun dan piawai langsaian hutang.
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti Ringgit Malaysia,Rupiah,Bhat dan sebagainya ; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
![]() |
Sistem Barter memerlukan kehendak serentak dua pihak |
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan kehendak serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku.
Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.
Bila baca artikel di atas, teringat aku subjek ekonomi masa mula belajar kat UiTM dulu..buku Hamzaid Yahaya jadi rujukan. So,adik2 yg masih sekolah,artikel blog ni byk membantu dlm subjek ekonomi.
ReplyDeleteno work no money..no money no talk...semua perkara nak wang...kat mana nak dapat wang banyak ek...
ReplyDeleteTerima kasih En Julian. Harap tuan dapat menurunkan ilmu kepada saya dan semua pengunjung blog ini.
ReplyDeletekat mana nak dapat wang banyak ek...kat bank la...hukhuk..tp bukan saya punya ...org lain punya..uwaaaa!!!!!
ReplyDelete