Wednesday, February 16, 2011

Baju Idaman Saya - Rancang Kewangan Kita

Setelah kita mempunyai pendapatan, maka kita akan gunakan wang tersebut untuk berbelanja tetapi sebelum itu kita perlulah membuat perancangan. Ini adalah kerana sebaik-baik sesuatu perkara itu mestilah terlebih dulu dirancang. Perancangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.


Baju idaman saya!!
 Contoh perancangan jangka pendek adalah kita hendak membeli baju impian kita. Jadi, kita kumpul wang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan untuk mendapatkan wang sekitar RM30.00 (mengikut harga baju).

Bagi perancangan jangka panjang pula seperti untuk membeli kereta, berkahwin, membeli rumah dan sebagainya. Ini memerlukan kita menabung atau mengumpul wang untuk tempoh yang lebih lama kerana melibatkan jumlah wang yang besar.

Apa pun, kita perlu rancang dari sekarang.

Anda sudah merancang?

1 comment:

  1. Kalo belajar jurusan Business Studies di UiTM, kita akan belajar subjek Pengurusan(Management). Akan jumpa tajuk merancang. Lebih detailnya POLC..Plan,Organise, Lead & Control.

    Jadi kalo nk kumpul wang:
    1)planning-brapa lama nk simpan, berapa byk nak simpan, nak beli apa
    2)organise-nak simpan kat mana?bank @ bawah bantal
    3)lead-kita sendiri yg simpan..tak kan nak suruh org lain simpan utk kita
    4)control-kena kawal simpanan kita tu,,jangan baru sikit simpan dah nak keluarkan selalu.

    e n d

    ReplyDelete